Pemergian Adibah | Ismail Sabri ucap takziah kepada keluarga Adibah Noor

2022-06-19 0

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga penyanyi dan pelakon terkenal Adibah Noor Mohamed Omar.

Menerusi catatan di Facebook rasmi beliau, Perdana Menteri menyifatkan penyanyi lagu 'Terlalu Istimewa' itu bukan sahaja sangat berbakat dalam bidang nyanyian, tetapi menyerlah dalam industri lakonan serta pengacaraan.